CHIN SI WEI

CHIN SI WEI
Unit: S3
Major: Bahasa Cina
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Blogger 提供支持.

mini studio fotografi

 P

2021年2月23日星期二

Unsur Seni dan Prinsip Seni dalam Fotografi


BAHAN ELEMEN SENI FOTOGRAFI 

1. Garisan

  • Garis pada karya-karya mereka dapat membawa perhatian pemerhati pada subjek utama.
  • Garis juga dapat menimbulkan kesan kedalaman dan memperlihatkan gerak pada gambar.
  • ketika garis-garis itu sendiri digunakan sebagai subjek, yang terjadi adalah gambar-gambar mejadi menarik perhatian.
  • Tidak penting sama ada garis itu lurus, melingkar atau melengkung, membawa mata keluar dari gambar. Yang penting garis-garis itu menjadi dinamik.
  • Selain 'rule of thirds', kaedah 'diagonal rule' juga bleh diguna pakai untuk mendapatkan kesan yang baik dalam penghasilan satu-satu foto.
  • Penggunaannya tidak terhad kepada kedudukan subjek utama (main subjct) sahaja, tetapi juga boeh digunakan kepada subjek kedua atau subjek sokongan (secondary subject).

Foto bawah: Subjek utama (jurufoto)diletakkan pada kedudukan menyerong(diagonal) dari kiriatas kekanan 

Foto atas : Subjek sokongan (celahanbawah. batu & ranting) diletakkan pada kedudukan menyerong (diagonal) dari kanan atas ke kiri bawah.

  • Garisan (line) merupakan unsur penting dalam setiap penghasilan imej fotografi.
  • Dengan menggunakan garisan anda mampu menunjukkan keluasan, jarak dan perspektif pada satu-satu gambar. Garisan juga mampu memandu pandangan audien.
  • Terdapat berbagai jenis garisan di persekitaran kita, namun yang paling ketara adalah garisan melintang (horizontal), menegak (vertical) dan menyerong (diagonal).
  • Jenis-jenis garisan lain termasuklah bengkang-bengkok, serabut, bulat, berpintal, beralun, bergerigi, zigzag dan sebagainya.
2. Rupa 
  • Salah satu formula yang paling mudah yang boleh membuat sebuah gambar menarik perhatian adalah dengan memberi keutamaan kepada sebuah elemen visual. Shape adalah salah satunya. 
  • Kita umumnya menganggap shape sebagai outline yang tercipta kerana sebuah shape terbentuk, pada intinya, subjek foto, gambar dianggap memiliki kekuatan visual dan kualiti abstrak. 
  • Untuk membuat shape menonjol, anda harus mampu memisahkan shape tersebut dari lingkungan sekitarnya atau dari latar belakang yang terlalu ramai. Untuk membuat kontras kuat antara shape dan persekitaran yang membentuk shape tersebut. 
  • Kontras ini boleh terjadi sebagai akibat dari perbezaan gelap terang atau perbezaan warna. 
  • Sebuah shape tentu saja tidak berdiri sendiri. 
  • Ketika masuk kedalam sebuah pemandangan yang mengandungi dua atau lebih shape yang sama, kita juga dapat meng-crop salah satu shape untuk memperkuat kualiti gambar. 
  • Kita boleh ambil contoh gambar yang mengandungi unsur shape adalah gambar shilouette, foto tersebut membandingkan objek yang dalam keadaan terang dan gelap di mana objek yang gelap atau tidak terkena cahaya atau objek di depan cahaya itu akan membentuk shape.

3. Tekstur 

  • Sebuah gambar dengan gambar tekstur yang menonjol dapat merupakan sebuah bentuk kreatif dari shape atau pattern. Jika mencukupi, tekstur akan memberikan realisme pada gambar, membawa kedalaman dan kesan tiga dimensi ke subjek anda. 
  • Tekstur dapat dilihat jelas pada dua sisi yang berbeza. Ada tekstur yang dapat dijumpai bila kita mendekatkan diri pada subjek untuk memperbesar apa yang kita lihat, misalnya bila kita ingin mengambil gambar tekstur permukaan sehelai daun. Ada pula saat di mana kita harus ke belakang kerana subjek yang kita tuju adalah pemandangan yang sangat luas. Tekstur juga muncul ketika cahaya menerpa sebuah permukaan dengan sudut rendah, membentuk bayangan yang sama dalam area tertentu. 
  • Mengambil gambar tekstur dianggap berjaya bila pemotret dapat menyampaikan sedemikian rupa sehingga pemerhati foto seolah dapat merasakan permukaan tersebut apabila menyentuhnya. Sama seperti pattern, tekstur yang baik dipaparkan dengan beberapa variasi dan nampak melebar hingga keluar batas gambar.

4. Corak 
  • corak yang berupa pengulangan shape, garis dan warna adalah elemen visual lain yang boleh menjadi unsur penarik perhatian utama. 
  • pengulangan itu menimbulkan kesan ritmik dan harmoni dalam gambar. Tapi, terlalu banyak keseragaman akan mengakibatkan gambar menjadi membosankan. 
  • Rahsia penggunaan pattern adalah menemukan variasi yang mampu menangkap perhatian pemerhati. 
  • CORAK biasanya paling baik diungkapkan dengan merata. Walaupun pencahayaan dan sudut bidikan kamera membuat sebuah gambar cenderung kurang kesan kedalamannya dan memungkinkan sesuatu yang berulangkali menjadi menonjol.


 PRINSIP DALAM FOTOGRAFI 

1. Komposisi 

  • komposisi adalah susunan atau gubahan elemen-elemen visual dalam sesuatu gambar. Komposisi adalah cara sesuatu foto menyampaikan penceritaan gambar. Komposisi adalah suatu Organisasi Visual. komposisi

2. Keseimbangan 

  • Keseimbangan membabitkan pengagihan elemen- elemen dalam sesuatu gambar. Keseimbangan lah yang akan mengawal elemen-elemen untuk menarik perhatian. Keseimbangan boleh dihasilkan secara simetrikal atau asimetrikal. Ia juga boleh mengakibatkan perasaan pergerakan, tekanan ataupun ketenangan.

3. Kontras 

  • Kontras terhasil apabila terdapat suatu elemen yang timbul (stand out) kerana ianya berlainan daripada elemen-elemen lain. 
  • Ada dua jenis kontras iaitu kontras tona dan kontras warna. 
  • Kontras tona merujuk pada perbedaan tona dari yang paling terang ke yang paling gelap, dengan kata lain, perbedaan tona dari putih ke abu-abu ke hitam. Kontras warna merujuk pada bagaimana warna berinteraksi satu sama lain. 
  • Tona biasanya dikategorikan sebagai tona tinggi, normal, atau rendah. 
  • gambar atau foto dengan tona tinggi utamanya terdiri dari hitam dan putih dengan sedikit atau tanpa tona abu-abu. 
  • Gambar tona normal memiliki elemen putih, beberapa hitam dan banyak tona tengah abu-abu. 
  • Gambar tona rendah ialah gambar yang hampir tidak ada bagian yang sangat terang atau gelap, semua tona hampir mirip satu sama lain. 
  • Gambar tona tinggi sifatnya kasar sedangkan gambar dengan kontras rendah sifatnya lembut.

4. Harmoni 

  • Harmoni bermaksud elemen-elemen di dalam suatu gambar mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, dan mempunyai kaitan. Harmoni boleh menyebabkan beberapa elemen nampak seperti satu entiti. Contohnya bunga-bunga seperti gambar di bawah membentuk satu kumpulan bunga.

5. Dominan adalah titik fokus utama dalam sesuatu gambar. Dominan dan Keseimbangan boleh mewujudkan kesatuan dalam sesuatu gambar.

6. Kesatuan (unity)Kesatuan wujud apabila beberapa elemen bercantum menjadi seperti satu entiti.

7. Pengulangan Pengulangan terbentuk apabila terdapatbeberapa elemen-elemen yang sama/hampir sama dalam suatu gambar.

0 评论:

发表评论