CHIN SI WEI

CHIN SI WEI
Unit: S3
Major: Bahasa Cina
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Blogger 提供支持.

mini studio fotografi

 P

Komposisi

Memahami Asas Komposisi

  • gubahan/membentuk atau rekabentuk dan penyusunan elemen dan kaitannya kepada latar belakang sesuatu imej.
  • Secara khusus imej yang baik adalah hasil dari penelitian kepada asas elemen komposisi berserta penyesuaian cahaya dan subjek yang menarik. 

1. Titik fokus

2. Hukum Peniga( Rule of Thirds )

rule-of-thirds-1 rule-of-thirds-2

  1. Akhir sekali tetapi tidak kurang pentingnya ialah “Rules of Third “
  2. Ini adalah satu prinsip yang diajar dalam kursus Senireka Grafik dan Fotografi.
  3. Ia berasaskan pada teori bahawa mata dengan semulajadinya akan tertumpu/melihat kepada 2/3 ke atas mukasurat (two-thirds up the page) .
  4. Juga dengan membahagikannya melalui penglihatan (visual) imej kepada 3 bahagian samaada menengak atau mendatar, anda boleh mencapai keseimbangan yang tidak formal atau tidak simitri yang disebut di atas.

– Keseimbangan Simetri dan Asimetri

3. Keseimbangan ( Balance )

balance-1 balance-3

  • Keseimbangan tak simetri atau tidak formal biasnya dipandang lebih menyenangkan dalam merakam atau pengimejan fotografi.
  • meletakkan subjek utama OFF CENTRE dan mengimbangkannya dengan WEIGHT (pemberat), objek lain (lebih kecil atau kesan yang rendah (lower impact) akan menjadi lebih berkesan daripada meletakan subjek itu di tengah-tengah. 
  • Walaubagaimanapun keseimbangan simetri atau formal masih tetap dapat menyampaikan mesej dan impak dengan jelas dan menyenangkan andainya kena pada tempatnya dan cara penggunaanya.

– Leading Lines : Horizontals,Verticals & Curving

4. Komposisi Garisan

a. Garis Melintang(Horizontal Lines )

horizontal-line-1 horizontal-line

  1. Kontras/perbandinan \memainkan peranan yang besar di dalam mendefinasikan garisan secara penglihatan/visual.
  2. Perbandingan antara cahaya dan pembayang, antara bahagian warna yang berbeza, antara tektur, antara bentuk-bentuk dan sebagainya
  3. Ini mewujudkan lokasi statik (tidak bergerak/kaku) tetapi ia juga mengandungi bahagian/ciri arahan yang dinamik dan perjalanan/pergerakan yang mengikut panjangnya.
  4. Garis melintang menunjukan kestabilan (kekukuhan), keberatan, ketenangan dan ketentraman.

b. Garis Menegak ( Vertical Lines.)

vertical-line3 vertical-line-4

  1. Ia adalah komponen utama dalam imej sususk rangka tubuh manusia dan pokok.
  2. Arahnya dalah mengikut tarikan graviti.
  3. Ia mempunyai rasa mengesan kelajuan dan pergerakan.

c. Garisan Lengkung 

- Lengkuk C ( C Curve C )

c-curve-1 c-curve-2

  1. Keistimewaan lengkuk C ialah mempunyai perubahan arah yang progresif jika dibandingkan dengan garis melintang dan menegak.
  2. Lengkuk ini boleh dilihat sebagai satu garisan lurus yang bertukar dengan progresif pada sudut yang berlainan.
  3. Pergerakan dalam lengkuk C adalah lebih dirasai apabila dibandingkan dengan garis lurus.

- Lengkuk S ( S Curve )

s-curve-1
  1. Jika lengkuk C dan garisan-garisan yang lain ada pergerkan sehala yang bertuju ke satu arah, lengkuk S pula mempunyai pergerakan yang berlawanan arah tetapi masih menuju ke satu hala.
  2. Lengkuk S juga mencerminkan pergerkan yang harmoni.

5. Bentuk (Shape & Form)

Terbahagi 3 : a. Segi empat       b. Segi tiga      c. Bulat

  1. Segi Empat – hasil daripada garis lintang dan menegak.
  2. Segi tiga daripada garis serong
  3. Bulat daripada lengkuk.

6. Corak ( Pattern) & Texture

pattern-1 pattern-2

  1. Di bentuk dan berulang kali dan dihubungkan dengan kawasan bukan arah.
  2. Kualiti terbaik corak adalah merangkumi kawasan.
  3. Gambar yang menunjukan corak yang paling berkesan adalah yang berlanjutan kepada pepenjuru bingkai.

7.Framing (frame within a frame)

8. Garis Serong ( Diagonals )

diagonal-1     diagonal-2

Unsur linear/lelurus seperti jalan dan pagar jika diletak serong secara amnya akan nampak lebih dinamik daripada mendatar atau garis melintang.

diagonal-line-1    diagonal-line-2

  1. Daripada garis garisan yang ada, garis serong memperlihatkan cara yang paling dinamik di dalam gambar.
  2. Penyataan hala dan kelajuan yang lebih terperinci daripada garis menegak.

• Jenis-jenis Shoot

• Unsur Seni dan Prinsip Seni dalam fotografi

• Sesi Apresiasi Fotografi

0 评论:

发表评论