CHIN SI WEI

CHIN SI WEI
Unit: S3
Major: Bahasa Cina
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Blogger 提供支持.

mini studio fotografi

 P

Fotografi Dalam Studio

 Asas Fotografi Studio

Peralatan Asas

Beberapa peralatan asas yang terdapat di dalam studio fotografi adalah:

1. C-Stand 

Penggunaan C-stand untuk memegang sesuatu (reflector atau lampu) membolehkan imej dirakam dengan pencahayaan yang sama dan tidak berubah-ubah berbanding jika manusia yang memangkunya.


C-Stand


2. Light cutter (a.k.a flag) 

Sejenis alat yang legap dan diletakkan pada bahagian hadapan lampu untuk mengurangkan keamatan cahaya. Terdapat banyak light cutter, antaranya adalah net or scrim, grid spot,barn doors, soft box, cookie, dan silk.
 Light cutter


  • Net or scrim : Diperbuat daripada material seperti net dan digunakan untuk mengurangkan keamatan cahaya tanpa menjejaskan kualiti cahaya tersebut. Juga boleh terdapat dalam material besi atau fabrik.
Net or scrim





  • Grid spot : Mengarahkan cahaya kepada spot tertentu.

    Grid spot
    • Barn doors : Mengubah bentuk pencahayaan. Digunakan bersama dengan sumber cahaya langsung yang lain.
    • Barn doors
    • Soft box: Memanipulasikan cahaya agar terserak lembut tetapi terarah. Lebih besar saiz sesuatu soft box, lebih lembut cahaya yang terserak.


    Soft box
    3. Floor Light



                                      





    5. Wireless Flash Trigger


                                    


    6. Still Life & Product Shooting Table


                                 


    7. Backdrop with stand


                                

    8. Reflector

    Digunakan untuk memantulkan cahaya ke arah objek. Selain reflector, snoots dan payung juga turut berfungsi untuk memanipulasi cahaya agar imej dapat dirakam dengan pencahayan yang betul.

    Dalam teknik pencahayaan studio, reflector digunakan sebagai cahaya pengisi (fill-in) yang berfungsi untuk menerangi daerah yang gelap. Terdapat beberapa jenis reflektor, di mana setiap warna sangat mempengaruhi cahaya yang dipantulkan kembali. Berikut adalah kegunaan warna pada reflektor:

    • Emas : Menghasilkan warna hangat
    • Putih : Kesan warna neutral
    • Biru : Menjadikan warna dingin
    • Silver : Menghasilkan warna neutral tetapi lebih terang dari warna putih

    Jenis perubahan dalam warna cahaya adalah berasal daripada suhu warna dan white balance.



    Reflector

                                 
    Payung

    9. Dual Power Studio Strobe Light

                            

    Sumber Pencahayaan di dalam Studio 


    1. Sinar Matahari yang masuk melalui jendela atau lazim disebut sebagai Window Lighting. Cahaya matahari ini sebaiknya tidak langsung mengenai objek kerana akan menyukarkan kadar kontrasnya dikawal.

    2. Lampu Tungsten atau Fotoflood
    Lampu jenis ini biasanya kita sebut sebagai Continous Lighting atau cahaya yang bersinar secara terus-menerus. Kelebihannya adalah mudah diatur dan hasil yang terakam adalah sama dengan apa yang dilihat ketika gambar diambil. Kekurangannynya continuous light pula adalah silau, panas dan berkecepatan lambat.
     
    3. Flash
    Berbagai macam jenis flash banyak ditawarkan pasaran saat ini dari yang paling sederhana seperti elektronik flash (Canon speedlight, SB Nikon ,Metz, Nissin dll) hingga yang canggih seperti Broncolor, Visatec, Bowens, Hensel, Proflash, Electra, Multiblitz, Elinchrom dll.

    Teknik Pencahayaan di Studio

    Terdapat  beberapa teknik pencahayaan di studio. Antaranya adalah:

    • Short Light : Merupakan teknik pencahayaan di mana bahagian wajah objek yang paling jauh disinari dengan cahaya utama. Teknik short light menjadikan wajah yang jauh daripada sumber cahaya dalam keadaan under exposure, manakala wajah yang terkena cahaya pula menjadi lebih terang. Wajah akan kelihatan seolah-olah lebih kurus, badan pula akan menjadi lebih ramping. Oleh kerana itulah teknik ini banyak digunakan untuk merakam gambar mereka yang memiliki pipi yang chubby atau badan yang berisi. 






    Teknik Fotografi
    Teknik Pencahayaan Short Light




      • Broad Light : Merupakan teknik pencahayaan yang bertentangan dengan konsep short light, di mana bahagian yang banyak menerima cahaya adalah yang berhadapan secara langsung dengan kamera. Teknik pencahayaan ini dapat memberi kekuatan bagi foto potrait dan secara umumnya digunakan untuk portrait seorang lelaki berkarakter maskulin. 

      Teknik Fotografi
      Teknik Pencahayaan Broad Light

                
      • Split Light : Teknik pencahayaan ini adalah agak rumit untuk dihasilkan. Lampu utama dipasang 90 darjah menghadap objek dan hanya menerangi objek pada setengah bahagian sahaja. Hasilnya, objek yang dilihat lebih cengkung, ramping dan langsing. Selain itu, hidung atau wajah yang lebar juga akan kelihatan lebih merapat. Sebarang kecacatan/kekurangan pada wajah dapat ditutupi melalui teknik pencahayaan ini.

        Teknik Fotografi
        Teknik Pencahayaan Split Light

        • Rembrandt Light :  Dikenali sebagai teknik pencahayaan klasik yang artistik. Teknik pencahayaan rembrandt adalah nama yang diberikan oleh seorang master seni yang digunakan untuk kesan pencahayaan yang banyak pada lukisannya. Teknik ini adalah sangat asas di mana pencahayaan bayangan dari hidung menempel pada bayangan di sepanjang sisi wajah, sehingga membentuk segitiga yang menerangi daerah wajah yang pendek.

          Teknik Fotografi
          Teknik Pencahayaan Rembrandt


          • Butterfly Light : Dihasilkan apabila lampu utama diletak secara tepat di hadapan wajah subjek dan ketinggiannya diubah untuk mendapatkan bayangan secara langsung pada bawah hidung. Ia dikenali sebagai butterfly light kerana bentuk bayangan yang terhasil adalah seperti kupu-kupu.

              Teknik Fotografi
              Teknik Pencahayaan Butterfly

            0 评论:

            发表评论